Sekolah Kebangsaan Pangkalan Abai di Kampung Pangkalan Abai, yang mempunyai jarak 3.2 KM dari Pekan Kota Belud.
SK.Pangkalan Abai mula dibuka pada 27 Ogos 1990 berikutan penutupanSK.Kimo-Kimo yang terletak di Kampung Kimo-Kimo Kota Belud. Semua bekas guru serta kakitangan SK.Kimo-Kimo termasuk Guru Besar turut dipindahkan ke SK.Pangkalan Abai.
Sekolah ini ditubuhkan atas usaha Ketua Kampung Pangkalan Abai, Encik Karim Lunoh dengan menggunakan balai raya kampung sebagai sekolah. Untuk permulaan hanya dua buah kelas dibuka iaitu Tahun 1 dan Tahun 2 sahaja. Pembukaan sesi persekolahan dimulai dengan Guru Besar sekolah iaitu Encik Surah Mambuai dan dua orang guru iaitu Encik Roslan Shoi dan Encik Lamdin Sikah. Sementara KTBM, CikSaineh Uli sebagai kerani dan Encik Roslan Japar sebagai tukang kebun. Selepas beberapa tahun, SK.Pangkalan Abai berpindah ke bangunan baru yang juga dibina kampung ini yang mempunyai tiga bilik darjah sahaja.
Pada 15 Jun 2006 terdapat masalah berhubung dengan pemilik tapak sekolah dan atas sebab-sebab tersebut pihak sekolah telah ditempatkan sementara di SMK Pekan II sehingga kerja-kerja pembinaan bangunan sekolah baharu siap dibina.Sk.Pangkalan Abai berpindah ke bangunan baharu pada 13 Januari 2008 sehingga sekarang.
Mohon bertanya. Boleh saya tahu sejarah tapak SK Pengkalan Abai Kota Belud semasa pemerintahan British?
ReplyDelete